Our social:

Sunday, October 27

Bagaimana Gejala Penipuan Jual Beli Internet Berlaku


Bagaimana Gejala Penipuan Jual Beli Internet Berlaku | Kini, Dah banyak kes penipuan jual beli di internet berlaku. Dah bermacam laporan polis dibuat. Tapi, mungkin ramai yang masih belum sedar dengan taktik bagaimana seseorang ini mendapat duit dari urusan jual beli tu.Kalau anda nak tahu, kes ini terjadi diantara 3 pihak.

Watak-watak
Penjual : menjual produk pada pelanggannya dengan cara meminta pelanggan menggunakan transfer fund/bank-in menggunakan nombor akaun yang diberi.
Penipu : berbohong dengan cara menyamar sebagai penjual.
Pembeli : meminati barangan penjual dan membayar dengan cara memasukkan duit ke dalam nombor akaun penjual.
Jadi..Macam mana ia berlaku?? Jeng..jeng..jeng..
Mudah sahaja, penjual melakukan tugas sehariannya menjual produk kepada pembeli. Namun, si penipu ini melakukan penyamaran sebagai penjual memperdayakan pembeli dengan cara menggunakan identiti penjual iaitu nama dan nombor akaun milik penjual.

Si penipu ini mencari mangsanya dengan mempromosikan barangan jualan si penjual ini, sebaik sahaja si penipu mendapat pelanggan, beliau merekodkan barangan tersebut dan bertanyakan bilakah si pembeli ini mahu memasukkan wang ke dalam akaun milik penjual.

Apabila diberitahu yang si pembeli ini mahu bank-in sejam lagi. si penipu ini terus menghubungi si penjual dengan memberitahu bahawa beliau ingin membeli sekian..sekian..sekian (sama seperti pembeli mahukan) dan akan bank-in dalam tempoh sejam.

Sebaik sahaja pembeli memasukkan wang kedalam akaun milik penjual, tak lama kemudian si penipu ini cancel pembelian tadi dengan penjual dan meminta penjual supaya memasukkan duit (milik pembeli) kedalam akaun milik si penipu ini.

Akhirnya, si penipu ini berjaya mengaut keuntungan secara haram manakala si penjual mendapat busuk nama dan pembeli tak habis-habis menghentam si penjual wal hal ini sebenarnya tipu helah si penipu.
Pesanan saya untuk anda semua.. berhati-hatilah apabila membuat jual beli secara online. dapatkan nasihat pakar dahulu.

0 comments:

Post a Comment