Our social:

Wednesday, October 30

Cinta Tak Harus Memiliki

Cerita ni berkaitan dengan cerita cinta 2 orang remaja yang tidak mendapat restu daripada ayah si perempuan.  si perempuan namanya Ayu dan si lelaki plak namanya, Charles...seorang non-muslim.  Ayah si perempuan plak namanya Pak Mat. Pak Mat asalnya non-muslim, tapi telah berkahwin dengan wanita muslim, Mak Dah.  dipendekkan cerita,  si Ayu ni selalu mengikut ayahnya ke kebun rumbia (kalau x tau, google kan ek).  pada masa itu, mana2 keluarga yang mempunyai kebun rumbia dianggap orang yang berada dan berpengaruh, kerana harganya yang sangat mahal.  oleh kerana Pak Mat ni tiada anak lain, jadi Ayu yang selalu membantunya di kebun.  Pak Mat selalu berhubung dengan pembeli atau mana2 orang luar yang berminat untuk membeli rumbianya. Melalui keadaan tersebut Ayu pun dikenali oleh ramai kawan-kawan dan pelanggan ayahnya.  Banyak juga lamaran yang telah bertandang ke rumah tetapi ditolak secara baik oleh Pak Mat kerana menginginkan Ayu menamatkan pelajarannya terlebih dahulu.  

Di sekolah, Ayu merupakan seorang gadis yang pintar, cantik dan tidak sombong.  tak heran apabila Ayu menjadi perhatian pelajar lain.  Namun Ayu tidak pernah memandang rendah terhadap orang lain, Ayu sering membantu kawan yang berada dalam kesusahan. Ayu disenangi pelajar yang lain. Bab budak laki, x payah cakap lah...memang ramai yang nak ngurat Ayu. Ayu tak layan semua tu, kerana yang penting bagi Ayu, Ayu belajar untuk masa depan dia n keluarganya.

kat sekolah tersebut ada pulak cerita seorang budak laki yang "nerd" atau skema giler, budak Cina. pakai cermin mata tebal, butang baju selalu butang full smpai leher.  Dia ni tak la pandai mana pun, tapi dia seorang yang kuat belajar.  teman budak yang bernama Charles ni adalah buku. setiap buku dia akan bawa buku, kemana saja.  sikap dia yang begini yang membuatkan dirinya selalu menjadi bahan ejekkan pelajar lain.  kerana malas untuk menimbulkan masalah, Charles hanya berdiam diri dan selalu menyendiri.  

Pada suatu hari, ketika Ayu sedang duduk di tepi sungai sambil membaca novel, Ayu terdengar bunyi orang mengerang kesakitan berdekatan dengan tempatnya. (sungai kat kampung selalunya tepinya bersemak la)  Ayu bergegas bangun dan mencari punca bunyi tersebut.  Tiba-tiba Ayu melihat seorang budak lelaki sedang menahan kesakitan dan terdapatan tompokan darah di bajunya.  Ayu mendapatkan budak itu.  Ayu terkejut apabila mendapati budak tu Charles walaupun sedikit lain rupanya tanpa cermin mata. Ayu bertanyakan kenapa boleh terjadi begitu, Charles hanya mengerang, tidak menjawab Ayu. Ayu mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap darah yang mengalir di dahi Charles. Ayu bangkit dan memimpin tangan Charles untuk menghantarnya ke rumah.  Tetapi Charles memberitahu kakinya terseliuh dan xdapat berjalan. Ayu memapah Charles. dalam perjalanan, Charles menceritakan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada Ayu.

Sejak kejadian tersebut Ayu dan Charles semakin rapat.  Charles mulai menyukai Ayu.  Setiap hari Ayu akan pergi ke kelas Charles bertanyakan khabar kecuali pada hari yang sibuk bagi Ayu.  Charles merasai ada benda yang menular di jiwanya setiap kali bertemu dengan Ayu, apabila tidak melihat Ayu, Charles kebuntuan.  Charles bertanyakan hal itu kepada ibunya, ibunya hanya tersenyum kerana ibunya tahu, Charles sedang jatuh cinta.  Rupa-rupanya hal tersebut turut dirasai oleh Ayu.  Hingga suatu hari Ayu dan Charles membuat pengakuan bahawa mereka sudah saling mencintai satu sama lain. bermulalah detik percintaan dalam kamus hidup Ayu dan Charles.  Charles dan Ayu menjadi bahan perbualan pelajar lain di sekolah.  mereka bagaikan belangkas, sentiasa bersama ke sana dan kemari.  Ayu sering juga bertandang ke rumah Charles, bertemu dengan ibu Charles selepas balik dari persekolahan.  Ayu tidak pernah bertemu dengan Ayah Charles kerana jarang berada di rumah menguruskan perniagaan keluarganya di bandar.  sebaliknya, Charles tidak pernah ke rumah Ayu kerana Ayu takut ayahnya memarahi Ayu.

Percintaan di antara Ayu dan Charles semakin hari semakin akrab sehingga orang kampung sudah mencanang pelbagai cerita tentang mereka.  Cerita tentang Ayu akhirnya muncul kepengetahuan ayahnya, Pak Mat. Pak Mat sangat marah akan cerita itu, tambahan, ayah Charles merupakan musuh ayahnya dari zaman muda-mudi(sebabnya kurang pasti).  Pak Mat telah bertemu dengan ayah Charles dan berlaku sedikit pertelingkahan di antara mereka. berikutan hal tersebut, ayah charles telah memindahkan Charles ke sekolah bandar. Namun, perhubungan di antara Charles dan Ayu tidak pernah luntur. Mereka sering berhubung melalui surat yang di kirim Charles melalui ibunya. Sehinggalah Charles mendapat tawaran belajar di luar negara, Ayu dan Charles lost contact.  Mereka tidak mengetahui hal masing-masing untuk masa yang lama. Ayu masih berharap Charles akan kembali melamarnya suatu hari nanti.

Pada suatu hari, Ayu membantu ibunya mengemas rumah.  Pada masa itu, Ayu cuti semester  kolejnya. Ayu telah menemui sampul surat yangbersetem luar negara. Sampul itu nampaknya sudah lama. Ayu berdebar-debar apabila melihat surat itu adalah untuknya.  sudah dibuka? Ayu kehairan, surat itu untuknya tetapi kenapa orang lain dahulu yang membacanya? Dengan sedikit terketar, Ayu perlahan membuka isi sampul tersebut.  poskad. 

Dear Ayu,
How are you? Diharap Ayu dan keluarga sihat kehendakNya.  Saya sihat, Alhamdulillah.  Just want to share something with you, friend. Dulu Ayu pernah cakap Ayu nak sentuh salji bersama saya kan? maybe Ayu dah sentuh dah sekarang with your hubby. Saya baru je sentuh time winter tu sejuk sangat time tu. And unexpected my 2years son has make a snowman for me.  see those picture, just keep it as a gift from your friend....

Pada mulanya Ayu tertanya-tanya siapa penulis surat tersebut. tetapi setelah melihat yours sincerely, Charles @ Abdul Iman, mengalir deras air mata Ayu.  teresak-esak Ayu melihat gambar-gambar Charles kini nama Islamnya, Iman bersama isterinya, rakyat Lebanon yang sama-sama belajar bersamanya dan anaknya Iqbal Aslam. Ayu bagai tidak dapat menerima hakikat dengan apa yang sedang dilihatnya. Ayu bagai berada dalam kegelapan. Ibunya yang berada di sisinya menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Ibunya memang ingin memberitahu hal itu sebenarnya, tetapi kerana tegahan ayahnya, ibunya akur.

Rupa-rupanya, ayah Ayu, Pak Mat, telah memberitahu Charles bahawa Ayu telah berkahwin sebelum dia ke luar negara. seminggu sebelum berangkat, Charles ada bertandang ke rumah Ayu, malangnya Ayu tiada kerana menghadiri pernikahan mak saudaranya. Hanya Pak MAt yang berada di rumah.  Pak Mat mereka-reka cerita supaya Charles dapat melupakan Ayu. dengan perasaan yang begitu hampa, Charles membawa diri dengan berangkat terlebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Ayu terkilan, selama 5 tahun lebih ibu dan ayahnya merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuannya. selama itu juga Ayu masih menyimpan rasa cinta nya kepada Charles. Tetapi Ayu tidak merasa penantiannya adalah sia-sia, sebaliknya Ayu menganggap itu adalah pengorbanan cintanya pada Charles. dan Ayu bangga kerana masih mempertahankan cintanya untuk Charles.

"Ibu, Ibu, Ibu, ibu fikir ape tu?", Ayu tiba-tiba tersentak dari lamunan.
"eh, anak ibu dah siap ke? Jom pergi sekolah", Ayu memimpin tangan anak sulungnya itu ke arah kereta. 

Dalam perjalanan, Ayu bermonolog, aku adalah wanita yang paling beruntung di dunia ini kerana aku mendapat suami dan puteri yang sangat membahagiakan aku.Charles hanyalah  kenangan ku, kini suamiku, anakku dan keluargaku adalah kebahagiaan sebenarku.

0 comments:

Post a Comment