Fakta Menarik Mengenai Window 8
Fakta Menarik Mengenai Window 8 |
Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan
komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer
riba, tablet dan PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem
pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.
Fakta Menarik Mengenai Window 8
Pembangunan sistem pengendalian
ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya
pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik
Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi
pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012),
serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi
peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan
boleh didapati pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 dibina berdasarkan
bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu “perisian gaya
Windows 8“, yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut
menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB
3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To
Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.
Windows 8 boleh didapati dalam
empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows
RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows
7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan
mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima
pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa
keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati
di kedai-kedai jualan biasa.
0 comments:
Post a Comment