Our social:

Saturday, October 26



Tips Memupuk Sifat Menabung
Tips Memupuk Sifat Menabung | Salam sejahtera kepada semua pembaca, kali ini Ain lampirkan beberapa tips yang dapat membantu kita dalam memupuk sifat menabung dalam diri. Menabung ini sangat penting untuk masa depan kita. Jadi, mari kita sama-sama aplikasikan dalam diri kita dan juga orang sekeliling kita terutama anak-anak kita nanti. In shaa Allah, sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit.
1. Menabung sebelum berbelanja.
- Menabung sekurangkurangnya 10 peratus daripada gaji atau pendapatan kita.
- Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.
2. Dorong diri dengan sasarkan matlamat.
- Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung.
- Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.
3. Jadikan tabiat.
- Selepas membuat simpanan 10 peratus daripada gaji kita, cabar diri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur.
4. Simpan sebahagian `durian runtuh’.
- Setiap kali terima duit seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan.
- Kalau kita menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah simpanan bulanan kita.
5. Menabung untuk kecemasan
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kejadian tidak diduga boleh menyebabkan kita hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Ada kalanya kita mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak dalam masa singkat untuk menangani masalah yang kita hadapi.
Kebiasaannya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba atau akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Kalau kita atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar.
Dalam keadaan begini, adalah penting bagi kita mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, kita perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas kita selama tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika kita perlu meminjam untuk mengatasi yang timbul.
Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet atau perancangan perbelanjaan jua boleh membantu kita menyimpan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar.

0 comments:

Post a Comment