Allahu Rabbi!! Kisah Tauladan Untuk Kesedaran Kita Umat Islam. Mesti Baca!!!!!
Allahu Rabbi!! Kisah
Tauladan Untuk Kesedaran Kita Umat Islam. Mesti Baca!!! | Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari
laman melayukini.net.
Semoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran buat kita yang beragama Islam.
Renung-renungkan..
———————————
Aku
punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku
masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu
banyak yang dikongsi bersama.
Setiap
kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol
arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara
dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk
beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan
anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan
Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi
rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng
sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi
bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama
tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim
telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja
disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan
aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami
dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali
menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas
kami rasakan.
Suatu
pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan
pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari
kakaknya.
“He’s
name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago…
Subhanallah!
Syukur
Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku
tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara
seagama denganku.
Hari
yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu
dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya.
Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…
Assalamu’alaikum…
Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya
amat redup dan tenang.
Aku
menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang
sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini
dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim
menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan
dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat
sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak
aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih
berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha,
kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau
kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry
Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?
Cuba
kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second
house.
Tapi,
mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena
pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia,
negara Islam ni?
Dan
mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku
terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah
kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka
tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau
tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa
semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah
Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah
diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam.
tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau
sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan
Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku
masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas
muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi
apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan
untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu
sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku
kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana
selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada
Allah.
0 comments:
Post a Comment