Our social:

Sunday, November 10

Gambar Majlis Pertunangan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda

Gambar Majlis Pertunangan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda | Alhamdulillah pada siang tadi (9 November 2013) telah berlangsungnya majlis pertunangan artis terkenal Fizo Omar dan juga Model merangkap anak kepada pengasas Tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim.
Majlis Pertunangan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda itu diadakan di rumah bakal pengantin perempuan di Country Height, Kajang.
Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran dan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.
Pada 10 November 2013 iaitu hari Ahad, Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim akan dilangsungkan dan akan disiarkan secara live melaluli rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9 jam 8 pagi.
Sama-sama kita mendoakan agar bakal pasangan pengantin ini berjaya mendirikan rumahtangga dengan baik dan menjadi pasangan yang bahagia selepas pernikahan mereka. In Shaa Allah.
Berikut saya sediakan Gambar Majlis Pertunangan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda yang saya ambil dari beberapa laman di Facebook.


0 comments:

Post a Comment