Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun!
Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun! | ujian – Selama 30 tahun Dong Hai telah dikurung di
dalam `gua’ oleh ibu bapanya selepas dia menunjukkan tanda-tanda menghidap
masalah mental ketika remaja pada 1983.
Kini, Dong Hai yang berusia 46 tahun, tidak lagi menjejak
kaki keluar dari kurungan diperbuat daripada batu bata itu, kerana ibu bapanya
bimbang dia mungkin akan mencederakan orang lain.
Kurungan seluas lima meter persegi itu dibina di belakang
rumahnya dan semua makanan disalurkan kepadanya menerusi lubang yang ditebuk di
dinding batu bata itu.Jika ingin mandi, ibunya akan menyemburkan air
melalui lubang berkenaan.
Bapanya, Dong Watou dan ibunya, Xiao Hong kini sudah berusia
70 tahun, mulai bimbang dengan keadaan anak mereka itu.
Mereka sebelum ini pernah merayu kepada pihak hospital untuk
membantu anak tunggal mereka, namun ditolak oleh hospital.
Selepas semua simpanan mereka dibelanjakan untuk rawatan Dong
Hai, ibu bapanya tiada pilihan lain kecuali menghentikan rawatan tersebut.
Dong Watou Xiao Hong kini bekerja kampung untuk menyara
kehidupan.Tahun lepas, Dong Watou berkerja sebagai pengawal di tapak
pembinaan namun dia bernasib malang apabila dipukul oleh pemandu mabuk.
Kejadian itu menyebabkan dia tidak lagi mampu melakukan
kerja-kerja berat.
0 comments:
Post a Comment