Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa
Waktu Paling Mustajab
Untuk Berdoa | Assalamualaikum dan
selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dirahmati sekalian.
Hari ni Dr Fuh nak sahre satu artikel Islamik berkenaan waktu paling mustajab untuk berdoa. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada
pembaca sekalian.
Kesan
doa yang paling mujarab dapat dilihat apabila kita berjaya merebut waktu-waktu
tertentu. Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka
jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu. Waktu-waktu berdoa yang
paling makbul adalah seperti berikut:
1. Waktu sepertiga
malam yang akhir
Sesungguhnya
Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke
langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya
berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya
dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka
puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada
doa yang tidak ditolak”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat
fardhu
“Doa itu mustajab pada
waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu
sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk
dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba
kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada
hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat
dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya,
beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Malam Lailatul Qadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari
‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik
doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan
Iqamah
“Tidaklah
ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam
An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau
jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan
hujan pertama di awal musim.
0 comments:
Post a Comment