Buatlah Air Nabeez Untuk Minum Setiap Kali Sahur
Air nabeez adalah
pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma atau kismis dengan air masak pada waktu malam
dan anda boleh minum setiap kali bersahur. Insyaallah, perut tahan lapar dan
dahaga.
Air ini membantu
badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Sangat berguna
sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu
membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran
agar anda tidak mudah lupa. Elok buat air ini
untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak
boleh diminum.
Cara-cara:
1. Ambil kurma
dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma
dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tetapi jangan
campur, ya. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.
2. Rendam isi kurma
dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu
simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air
tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh
juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan
ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
LARANGAN: Tidak boleh mencampurkan sekali gus buah kurma dan
kismis dalam satu bekas. Buatlah asing air nabeez kurma atau kismis.
0 comments:
Post a Comment