Our social:

Sunday, August 14

Meminta Maaf Tidak Semestinya Bersalah



Meminta Maaf Tidak Semestinya Hanya Bagi Pihak Yang Benar-Benar Salah… Namun Ia Tanpa Mengira.. Siapa???.. Yang Benar-Benar Bersalah… Adakalanya Kedua-Duanya salah.. atau kedua2nya Betul.. Atau Hanya Salah Faham.. Lawanlah Marah Dgn Maaf.. Maaf Mengalahkan Amarah…Memaafkan seperti kita memaafkan diri sendiri.. Memaafkan org yang berbuat salah itu lebih baik.. dan salah... kerana tidak menghukum... tapi adalah lebih baik daripada kita tersalah hukum.

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Kesalahan yang besar sekalipun.. wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri. 

Katakan kepada diri.. betapa sukar sekalipun.. aku wajib memaafkan. Memang kadangkala.. tingkah lakunya.. tutur katanya atau sikapnya.. terlalu menyakitkan hati… hati kita.. tahan-tahan rasa.. ditutup-tutup mata.. dipujuk-pujuk jiwa.. tetapi kesalahan itu ttp terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan/.. Ah.. jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati. Bila datang perasaan semacam itu di hati… sedarlah ketika itu cinta kita diuji. Pada ketika itu terujilah cinta kita. Memang.. orang yang paling rapat akan membuat kita marah.. ialah orang yang paling kita cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri… Oh..Tuhan.. Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.

Jika benar cintakan dia korbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah.


Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk pasangan tetapi buat hati kita sendiri. Percayalah.. kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang.. lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai.. adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan. Kemarahan seumpama `bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Untuk mendapat ketenangan dalam hidup… berilah kemaafan.. Bila kita memaafkan barulah kita `bebas' dari belenggu individu.. peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan.. selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya. Memaafkan pasangan adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh.
 

Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. 
Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. 

Kita tentu ingin meneladani mereka.. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.. maafkan orang yang hampir dengan kita.. kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat.. tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi.. itulah kemaafan. Dan hakikatnya pasangan kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!..

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan.. kekecewaan.. kekhuatiran.. kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu.. seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil.. antibodi ataupun vaksin… tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

kesalahan kita mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan..ubatnya.. adalah.. sikap pemaaf..

Maafkanlah kesalahan pasangan kita.. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta.. sayang.. kemesraan dan kerinduan antara kita .Jangan lagi fikirkan "sepatutnya.. dia tidak boleh buat begitu atau begini…" Selagi masih ada fikiran yang semacam itu.. maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.. Sebenarnya.. jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa?.. Jawabnya mudah.. dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit hati dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya.. terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan.. bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita.. maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh.. sepatutnya begitu.. tetapi dia begini.. tak apalah.. aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya.. mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf.. itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan. "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.

Semua org pernah buat salah.. org yg salah mmg patut di hukum.. tp jgn sampai kte tersalah hukum. 




0 comments:

Post a Comment